WAU TRADISI MALAYSIA
Wau tradisi Malaysia, merupakan
Permainan Tradisional yang telah diangkat sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun
2009. Wau adalah satu permainan masa lapang rakyat yang mempunyai ciri-ciri
keseniannya tersendiri. Bagi masyarakat nelayan pula wau dimainkan sebagai
persediaan ke laut, untuk mengetahui sama ada cuaca baik atau tidak. Hal
yang sama dilakukan oleh para petani untuk membuat persediaan menghadapi musim
bendang seterusnya.
Permainan wau diadakan sebagai
hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk
pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi
keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan
ukurannya.
Comments
Post a Comment