Warisan
Tidak Ketara adalah suatu bidang Warisan yang menjadi keutamaan yang merangkumi
sesuatu Warisan yang ‘bukan benda’ untuk dinikmati oleh pancaindera manusia.
Tegasnya, Warisan Tidak Ketara bermakna sesuatu perbuatan atau gerak geri
manusia yang boleh dilihat, disentuh, dirasa, dihidu, atau di dengari ketika ia
di lakukan atau wujud, tetapi tidak lagi dapat dinikmati apabila ia tiada atau
tamat.
Akta
Warisan Kebangsaan 2005, menafsirkan bahawa Warisan Tidak Ketara adalah termasuk
mana-mana bentuk ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang di
hasilkan melalui muzik, not, lirik, boleh didengar, nyanyian, lagu rakyat,
tradisi lisan, puisi, tarian, lakonan sebagaimana yang di hasilkan melalui seni
pentas, persembahan teater, pengubahan bunyi dan muzik, seni mempertahankan
diri, yang telah wujud atau wujud berhubung dengan Warisan Malaysia atau
mana-mana bahagian Malaysia atau berhubung dengan Warisan masyarakat Malaysia.
Comments
Post a Comment